"Di Sebalik Ujian Hidup... Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis. PERITNYA terasa tetapi ketahuilah dan RENUNGI kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak, lantaran ada langkah-langkah yang... tersasar dari KEIKHLASAN dan semoga kita tabah dan ditetapkan."
-originally quoted from a friend's Gtalk status. thank you,friend. :)
-originally quoted from a friend's Gtalk status. thank you,friend. :)
..and BANG!
terasa terkena diri sendiri sangat-sangat.
sejak semalam,setiap kali selepas solat,saya terasa berat sangat nak bangun dari sejadah.
sangat sangat berat.
lalu terduduk dan buat apa yang patut.
hanya mampu berdoa supaya Allah kuatkan jati diri dan jauhkan dari godaan syaitan sahaja.
setiap kali teringat,mata terus berair.
setiap kali mata berair,hati jadi sayu sampai tak tahu nak describe macam mana.
setiap kali itu jugaklah saya cepat-cepat beristighfar kepada Allah.
saya tahu,itu syaitan yang membuat membuatkan saya lemah.
saya tahu,syaitan itu sentiasa ada untuk menyesatkan keturunan Adam.
Ya Allah Ya Tuhanku,
semoga kami semua dijauhkan dari godaan syaitan dan iblis di sekeliling kami.
and most importantly,terlindung dari segala jenis nafsu yang ada dalam diri kami.
semoga kami jadi lebih dekat denganMu,
Ameen.
p/s: perlu fix my relationship with people around me. sangat perlu! :)
0 jelly beans:
Post a Comment